Pages

Monday, 14 December 2015

this week are busy for me..



Dalam kehidupan ni kalau kau tak pernah sibuk dengan kerja, assignment, kenduri, tournament dan lain-lain aku tak tau kau buat apa selama hidup ni..Sebagai seorang pelajar bila sampai minggu terakhir kuliah pensyarah pasti akan memberi latihan dan assignment yang banyak bagi menggantikan minggu yang tak ada kelas.. Semua tu perkara biasa tapi kalau dah terlampau busy sampai tak ada masa untuk bersukan dan beriadah itu memang luar biasa.. hahahahah.. sedih betul macam tu.. 





Busy-busy jugak tapi kalau dah terlampau busy mesti kau stress tipulah kalau kau tak stress.. aku ada terbukak satu lagu ni dia macam boleh la buat aku hilangkan stress dan tension sikit sebab bila dengar lagu dia macam rilex la tapi bagi aku ok la lagu dia.. hahaha.. bergantung la pada orang yang nak dengar sama ada sedap or tak sebab citer rasa orang lain berbeza.. bukan nak promote lagu dia just nak share je.. hahaha.. 




Sunday, 13 December 2015

Program ke Rumah Kanak-Kanak Terencat Akal

Buat kali pertama aku join program FEP iaitu Clown Doctor 1.0 dibawah Management Club.. sejujurnya aku nak katakan program ni best sangat sebab dapat berjalan ke Melaka.. HaHaHa.. Pergi ke Melaka tu bukannya suka-suka terdapat misi yang perlu dilakukan iaitu melawat Rumah Kanak-Kanak Terencat Akal di Bukit Baru, Melaka.. Ini adalah pertama aku pergi ke rumah tersebut sebab aku kalau join apa-apa program hanya akan pergi ke rumah anak-anak yatim je.. ini sesuatu pengalaman yang baru bagi aku..

Bertolak ke Melaka pada pukul 8.45 pagi dengan kekuatan ahli seramai 49 orang iaitu terdiri daripada exco-exco Management Club dan para peserta.. Sampai Melaka pukul 10 pagi tu dia laju betul pak cik bas ni bawak.. HaHaHa.. Bila sampai serious lain giler Melaka maklum la last pergi sana 7 tahun lepas.. Tapi bukan aku nak cerita pasal perubahan Melaka tetapi pasal program yang aku pergi hari ini.. Bila sahaja sampai disana aku melihat rumah tersebut besar la jugak.. Rumah Kanak-Kanak Terencat Akal tersebut telah ditubuhkan selama 15 tahun.. Wow lama tu.. Dekat situ menempatkan lebih kurang 10-15 penghuni dalam satu-satu masa.. Dalam rumah tersebut mereka asingkan dimana penghuni lelaki duduk di tingkat atas dan penghuni perempuan di bawah.. 

Seterusnya, bila tiba disana perlbagai aktiviti yang dilakukan antaranya chicken dance, mewarna, main bowling, mewarna dan lain-lain.. disamping itu, kita semua dapat mengetahui bagaimana cara hendak berkomunikasi dengan kanak-kanak terencat akal ini.. bila lihat gelagat mereka sungguh lucu dan kelakar kadang-kadang terutama bila mereka bermain game.. sebenarnya aku rasa bersyukur sangat sebab dilahirkan cukup sifat dimana dapat membantu orang lain yang tidak bernasib baik seperi mereka.. sebelum tamat kita ada acara memotong kek bersama mereka.. Dan penyampain cendera hati kepada pengurus Rumah Kanak-Kanak Trencat Akal tersebut.. pada pukul 4.30 bertolak pulang ke UKM.. 

Akhir kalam, sebagai seorang manusia yang sempurna dan cukup sifat seharusnya bersyukur dengan apa yang telah diberikan.. Kita jugak digalakkan membatu antara satu sama lain dikala mereka memerlukan.. itu jelah yang nak diongsikan .. tq..