Pages

Sunday, 18 October 2015

BEBAN ??


Sejak akhir-akhir ini kita sering kali terdengar orang bercakap mengenai beban. Beban apakah yang mereka maksudkan.?.?. beban dengan kos sara hidup, beban dengan pelajaran, beban dengan masalah kehidupan, beban dengan pencemaran udara dan sebagainya.. Beban ini boleh menjadi terbeban, membebankan, dan sewaktu dengannya..

Bila disebut pasal kos sara hidup, kita tahu sekarang yang kos sara hidup semakin hari semakin meningkat dengan kejatuhan nilai mata wang negara kita.. Faktor itulah menyebabkan ramai orang rasa terbeban akibat  harga barang-barang keperluan yang meningkat naik tanpa disedari.. disamping itu dengan gaji mereka yang sedikit menyebabkan meraka rasa sangat terbeban.. selain itu banyak juga syarikat yang tutup dan ramai perkerja diberhentikan dan mengakibatkan ramai orang yang menganggur.. dari situ telah wujud bermacam-macam jenis beban..

Seterusnya, bagi kalangan pelajar mereka akan terbeban dari segi kewangan, masa, assignment dan lain-lain.. Kalau dari segi kewangan itu adalah lumrah bagi pelajar dan mereka perlu bijak mencari peluang ataupun mencari idea bagi menyelesaikan masalah kewangan mereka agar tidak membebankan mereka ketika belajar.. Dari segi masa pulak pelajar akan terasa terbeban bila buat assignment last minutes lepas tu banyak sangat perjumpaan kelab yang tak berapa penting just hanya nak bincang benda yang tak penting (katanya untuk merapat silaturrahim)..

Kemudian,kita juga terbeban dengan masalah jerebu akibat pembakaran terbuka.. Saban tahun benda sama akan berulang dekat negara kita iaitu jerebu.. Bila jerebu semakin teruk ia membebankan kepada produktiviti pekerja kerana akan ada sahaja pekerja yang sakit dan ambil cuti sakit.. Disamping itu ekonomi negara kita akan perlahan sedikit akan masalah jerebu.. Kita negara maju perlu mencari alternatif bagi menyelesaikan masalah ini dengan membeli peralatan canggih bagi mengukur tahap udara negara kita dan bukannya ditakuk yang lama.. 

Beban ini tidak dapat dipisahkan dengan manusia, sepandai mana kita menguruskan masa ia tetap akan datang.. Beban ini juga datang tanpa diduga.. seharusnya kita perlu menyelesaikan beban terlebih dahulu dengan usaha kita dan jika ia datang kembali kita tawakal sahaja.. Sesuatu perkara yang ada hikmah disebaliknya…


..Terima kasih… 

No comments:

Post a Comment