Pages

Sunday, 18 October 2015

Bola Sepak Adalah Sukan Kegemaran Malaysia

Bila disebut pasal bola mesti ramai minat dengan sukan bola sepak. Di Malaysia sukan bola sepak adalah sukan kegemaran orang Malaysia berbanding sukan lain.. Di situ kita boleh nampak aura bola sepak kuat dalam kalangan rakyat malaysia.. Di Malaysia kita mempunya Liga Malaysia, Liga Perdana,  Piala FA dan lain-lain.. bila di stadium, jika melibatkan negeri atau kelab yang ternama mesti akan penuh stadium dengan kebanjiran penyokong-penyokong mereka antaranya adalah Johor Darul Takzim (JDT), Kelantan FA, Pahang FC, Terengganu FC , Selangor FC, Negeri Sembilan FC, Perak FC, ATM, Felda United, PKNS FC dan lain-lain.. Tetapi aku ni bukan la tak minat dengan liga tempatan cuma hanya menyokong biasa-biasa je.. Aku lebih suka tengok perlawanan kelab-kelab antarabangsa sebab corak dan taktikal permainan mereka..




Jika nak lihat jurang perbezaan antara liga tempatan dengan eropah memang la jauh bezanya.. Sebab liga kita baru nak meningkat naik walaupun dah bertahun-tahun jika nak dibandingkan dengan liga eropah.. Jika kita lihat dari pemain, ramai orang kenal dengan player antarabangsa berbanding pemain tempatan.. kalau di Eropah ada English Premium League, Series A, Liga BBVA, Bundesliga, Ligue 1, UEFA Europa League,  UEFA Champions League, dan lain-lain. Kelab yang paling ramai penyokong di seluruh dunia iaitu 1.Manchester United, 2.Barcelona, 3.Real Madrid, 4. Chelsea 5.Arsenal  


Tak kira la kita sukan team tempatan ataupun antarabangsa yang penting kita ada semangat kesukanan dan kalau kalah itu dikira adat permainan la.. aku adalah penyokong SELANGOR dan CHELSEA walau menang atau kalah ia tetap di hati.. 
Hidup #RedGiant and #Blues... 




No comments:

Post a Comment