hari ini aku nak menceritakan apa yang aku buat pada hari ini iaitu Ahad (25.10.2015).. pagi tadi ikutkan hati aku sebenarnya nak jogging pusing-pusing Universiti tapi sebab terlajak bangun pukul 7 suku jadi tak jadilah aku nak jogging.. sebab matahari dah tinggii sikit... jadi aku ambil keputusan untuk berbasikal ke Putrajaya.. kebetulan pulak masa itu team yang aku selalu ikut nak pergi ke sana hari ini.. apa lagi aku buat keputusan untuk ke sana.. pukul 7.40 pagi aku gerak keluar dari UKM ke sana.. Lalu depan Pusanika semua pandang.. HAHAHA.. dalam hati "diorang ni tak pernah tengok orang naik basikal ke" HUHUHU.. ini pengalaman pertama aku berbasikal seorang diri tapi risau jugak takut kene samun maklum la basikal bukan murah.. dengan azam yang tinggi aku kayuh juga..
so, aku ikut la jalan lama ke Sg.Buah sebab malas nk ikut Seksyen 15 yang sesak tu... urgh.. Lalu la Sg.Merab and then Putrajaya.. nak pergi ke Putrajaya terasa terseksanya.. HAHAHA.. dengan naik bukit (boleh pecah otot peha).. Masa kayuh basikal tu kelajuan yang maintain iaitu 27 - 32 km per jam boleh la sampai ke Putrajaya dalam 45 minit bersamaan 28 km jarak itu pun kira perlahan bagi aku.. jadi aku jumpa dengan team tu dekat PICC Putrajaya.. Bila lama tak kayuh basikal rasa macam ditarik-tarik nyawa ni.. HAHAHA.. dengan letih terpaksa la panjat bukit PICC yang tinggi tu... Bila jumpa lepak kejap atas PICC tu sebelum pergi dekat Pejabat Perdana Menteri.. Kalau dah lepak tak payah cakap la berapa lama..
Dah puas lepak apa lagi balik la dah nak tengahhari takkan lepak sana sampai petang.. memang tak la.. HAHAHA.. so macam biasa la setiap pertemuan ada perpisahan.. jadi team tu gerak ke puchong dan aku gerak ke UKM.. dalam perjalanan balik tu hanya sekali je berhenti rehat sebab nak cepat.. sampai dekat UKM dalam pukul 10.30 pagi.. best la dapat lepaskan gian main basikal ni.. HAHAHA.. Lepas ni planning nak pergi Bangi Lama pulak...
Track : UKM - PUTRAJAYA - UKM
Distance : 55.22 kilometer
Time Taken : 2 Hours 30 Minutes
Thank You.. Aku Bukan Pencerita Yang Baik..








pergh bang gempak blog awak.. i like
ReplyDelete