Assalamualaikum…
Harum sungguh bunga kemboja,
Bunga karangan cantik tersemat,
Janganlah membaca kulit sahaja,
Telitilah kandungan sehingga tamat
Hari saya ingin berkongsi dengan para pembaca tentang
MENTOR.
Apa itu mentor? Mentor merupakan seseorang yang
berpengalaman dalam memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan bantuan
(mentee). Biasanya Mentor ini akan ada di setiap Universiti, Aktiviti
Perkhemahan, Seminar dan lain-lain. Mentor ini berperanan memberi tunjuk ajar
kepada mentee jika mentee itu tidak dapat menyelesaikan sesuatu masalah. Mentor
juga boleh menjadi penasihat kepada mentee jika berkaitan dengan masalah
akademik. Biasanya mentee boleh berjumpa mentor pada bila-bila masa sahaja yang
diperlukan.
Di UKM juga terdapat program Mentor ini kerana dengan ada
program ini para pelajar boleh berjumpa dengan mentor mereka bagi menyelesaikan
masalah ataupun mendapatkan nasihat ataupun pendapat. Buat masa sekarang ini,
saya baru berjumpa dengan mentor satu kali iaitu Dr. Rozita Amiruddin. Insya’allah
lepas ni mungkin saya akan kerap berjumpa mentor bagi mendapat nasihat. Mungkin
ini dapat dikongsikan sahaja..
Dari Kedah ke pekan sari,
Beli suasa di Kota Tinggi,
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi

No comments:
Post a Comment