Pages

Monday, 19 October 2015

My Dream To Create One Company With My Name

Last post untuk minggu ini………..

Benda ni dah lama aku impikan dan fikirkan sejak aku berumur  19 tahun tapi aku masih memikirkan lagi bila agaknya impian ini akan menjadi kenyataan mungkin 10 tahun lagi, 15 tahun lagi, ataupun 20 tahun lagi.. Impian aku ini memerlukan kos yang sangat besar dan memerlukan orang yang pakar, para pelabur, kerjasama antara syarikat dan pekerja yang berkemahiran dalam industri tersebut.. Impian aku adalah untuk membuka kilang automotive iaitu kenderaan di negara yang ku cintai Malaysia.. 


Aku melihat automotive ini boleh dapat memberi keuntungan serta memberi persainagn kepada syarikat-syarikat automotive tempatan mahu pun luar negara.. Jika kita lihat di lebuhraya bermacam-macam jenis kenderaan ada di negara kita iaitu, Toyota, Honda, Suzuki, Kia, Proton, Produa, Mercedez, BMW, Audi, dan macam-macam lagi.. Tidak ke kamu teringin untuk membina kenderaan yang menggunakan nama dan idea kamu  berjalan diatas lebuhraya??? Aku teringin sebab ia akan memberi satu kepuasan hasil dari usaha kita yang mungkin bertahun-tahun untuk kukuh didalam dunia automotive..




Jika Aku Dapat Membuka Syarikat Auntomotive akan aku mengambil pekerja tempatan yang ingin bekerja serta dapat memberi komitment  untuk syarikat.. disamping itu kebajikan mereka akan terjaga dari penginapan mungkin akan aku sediakan cuma mereka hanya perlu membayar sewa (kita pun nak untung juga).. hahaha.. Bagi untuk design kenderaan aku inginkan para pereka-pereka aku mereka sendiri bentuk kenderaan bukan dengan membeli design dari syarikat lain dengan hanya menukar logo.. Apa gunanya ada pekerja sendiri tapi tidak digunakan (macam makan gaji buta sahaja).. Perancangan aku adalah untuk melakukan kerjasama dengan syarikat antarabangsa seperti Dogde, Cadillac, Teslar dan GMC..  Tapi untuk tahun Pertama dan Kedua mungkin akan membuat kerjasama bersama syarikat tempatan bagi mengukuhkan kedudukan serta mempelajari cari menguruskan sayrikat dengan teratur dan tersusun.. Bukan mudah untuk menguruskan syarikat yang besar suatu hari nanti jadi kita perlukan bimbingan dari sayarikat yang berpengalaman..





Dari segi pengeluaran kenderaan pula, target aku adalah dua (2) jenis model kenderaan dalam satu tahun dan ia mungkin nampak agak mustahil untuk dilakukan tetapi kita perlu yakin dengan kemampuan perkerja dan syarikat itu.. Bagi setiap model ia hanya ada lima (5) atau enam (6) jenerasi sahaja.. Manakala dari segi cc (cubic centimetres) akan bermula dengan 1.4, 1.6, 1.8, 2.0, 2.2, 2.4, 2.6, 2.8 & 3.0.. Untuk target pasaran pula adalah yang pertama adalah untuk tempatan dan yang kedua adalah global.. ikutkan panjang lagi ingin diceritakan tapi cukup la sampai sini sahaja.. Kalau kita nak berjaya kene usaha dan dalam usaha itu kita perlu menuntut ilmu dan dengan ilmu itu kita boleh berbakti kepada masyarakat.. Insya'allah jika ada rezeki adalah syarikat impian aku ini.. Aku mampu berharap ia akan menjadi kenyataan ... 







=>Terima kasih<=


No comments:

Post a Comment