Assalamualaikum w.b.t,
Hari ini dalam sejarah hidup aku bermain blog.. hahaha dan
hari ini aku ingin bercerita tentang OBSES. Apa itu Obses? Kenapa semua orang
begitu OBSES dengan sesuatu yang mereka minat?
Obses ini adalah besar atau keterangannya kita terlalu
minatkan sesuatu sehingga kita sanggup melakukan apa sahaja demi minat yang
terlalu dalam.. nak cakap macam kehendak pun bukan.. secara ringkasnya, kita
sukakan sesuatu sehingga kita sanggup habiskan masa, wang ringgit, kehidupan
kita semata-mata untuk benda yang kita minat..
Kadang-kadang aku terfikir siapakah yang lebih OBSES, Lelaki
ataupun Perempuan?
hari ini aku akan cuba merungkainya.
Kita pernah digemparkan dengan fenomena K-POP.. Dengan
sekelip mata sahaja k-pop melanda negara kita.. Habis anak-anak gadis
tergila-gilakan k-pop .. hahaha.. Apa yang best sangat k-pop tu.. Poning mak..
hahaha.. Sampai poster artis-artis k-pop penuh satu bilik.. Aku tengok mamat
korea ni biasa-biasa sahaja.. Mungkin sebab diorang buat surgery tu yang nampak
handsome dimata mereka… biar la asalkan diorang tak kacau aku..
Kerana terlampau minat mula la mereka belajar bahasa korea “anaseyo,
oppa, deabak” tetapi hakikatnya bila pergi ke sekolah atau kolej cakap jugak
bahasa melayu.. tak pernah lagi aku dengar “Pok Cik pisang goreng 2 ringgit” dalam
bahasa korea.. Kalau dia cakap mcm tu dalam bahasa korea mau tercengang pak cik
jual pisang goreng tu.. hahaha.. Bila je konsert k-pop buat kat negara kita,
sanggup mereka beratur panjang sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan Plus, sanggup
tunggu dekat KLIA berjam-jam.. Itulah budak perempuan zaman sekarang kerana
terlalu OBSES dengan k-pop sanggup buat apa sahaja untuk berjumpa artis-artis
surgery mereka... hehehe.. Jangan marah..
Tapi sekarang ni heboh satu Malaya
tetang VAPE@VAPOR.. dulu Shisha & Rokok tapi sekarang Vape pulak.. tu dia..
pergi kemana-mana ada sahaja orang jual vape.. depa kata vape tak berbahaya
malah dapat mengurangkan penyakit.. betul ke??hahaha.. Kalau dah ajal mati jugak..
Orang lelaki sekarang mula sukan vape sebab diorang kata kos
dia murah dan boleh pakai lama.. Patut la sampai budak-budak sekolah pun sanggup
beli.. ish-ish-ish.. Tapi meraka cakap mahal sikit bila nak beli untuk pertama
kali lah… Kerana terlampau Obses meraka sanggup habis beratus-ratus dengan
benda tersebut.. Tapi sekarang vape ada macam-macam perisa,ada perisa redbull,
anggur, strawberry collada, lemon tea, dan banyak lagi.. Kalau macam tu la
perisa dia tak payah pergi kedai order air, hisap vape jelah.. hahahaha… Vape
ini sudah menjadi trend dekat negara kita…
Apa yang boleh disimpulkan, lelaki dan perempuan sama
sahaja.. Obses itu datang kerana diri kita jugak.. Kita boleh sukakan sesuatu
tetapi berpada-padalah.. Jangan kerana kita terlampau obses orang lain yang
mendapat masalah.. Itu sahaja yang dapat aku kongsikan .. Insya’allah akan ku
tulis tajuk lain suatu hari nanti…….
Anak raja makan sirih
sekian terima kasih


No comments:
Post a Comment