Pages

Monday, 14 December 2015

this week are busy for me..



Dalam kehidupan ni kalau kau tak pernah sibuk dengan kerja, assignment, kenduri, tournament dan lain-lain aku tak tau kau buat apa selama hidup ni..Sebagai seorang pelajar bila sampai minggu terakhir kuliah pensyarah pasti akan memberi latihan dan assignment yang banyak bagi menggantikan minggu yang tak ada kelas.. Semua tu perkara biasa tapi kalau dah terlampau busy sampai tak ada masa untuk bersukan dan beriadah itu memang luar biasa.. hahahahah.. sedih betul macam tu.. 





Busy-busy jugak tapi kalau dah terlampau busy mesti kau stress tipulah kalau kau tak stress.. aku ada terbukak satu lagu ni dia macam boleh la buat aku hilangkan stress dan tension sikit sebab bila dengar lagu dia macam rilex la tapi bagi aku ok la lagu dia.. hahaha.. bergantung la pada orang yang nak dengar sama ada sedap or tak sebab citer rasa orang lain berbeza.. bukan nak promote lagu dia just nak share je.. hahaha.. 




Sunday, 13 December 2015

Program ke Rumah Kanak-Kanak Terencat Akal

Buat kali pertama aku join program FEP iaitu Clown Doctor 1.0 dibawah Management Club.. sejujurnya aku nak katakan program ni best sangat sebab dapat berjalan ke Melaka.. HaHaHa.. Pergi ke Melaka tu bukannya suka-suka terdapat misi yang perlu dilakukan iaitu melawat Rumah Kanak-Kanak Terencat Akal di Bukit Baru, Melaka.. Ini adalah pertama aku pergi ke rumah tersebut sebab aku kalau join apa-apa program hanya akan pergi ke rumah anak-anak yatim je.. ini sesuatu pengalaman yang baru bagi aku..

Bertolak ke Melaka pada pukul 8.45 pagi dengan kekuatan ahli seramai 49 orang iaitu terdiri daripada exco-exco Management Club dan para peserta.. Sampai Melaka pukul 10 pagi tu dia laju betul pak cik bas ni bawak.. HaHaHa.. Bila sampai serious lain giler Melaka maklum la last pergi sana 7 tahun lepas.. Tapi bukan aku nak cerita pasal perubahan Melaka tetapi pasal program yang aku pergi hari ini.. Bila sahaja sampai disana aku melihat rumah tersebut besar la jugak.. Rumah Kanak-Kanak Terencat Akal tersebut telah ditubuhkan selama 15 tahun.. Wow lama tu.. Dekat situ menempatkan lebih kurang 10-15 penghuni dalam satu-satu masa.. Dalam rumah tersebut mereka asingkan dimana penghuni lelaki duduk di tingkat atas dan penghuni perempuan di bawah.. 

Seterusnya, bila tiba disana perlbagai aktiviti yang dilakukan antaranya chicken dance, mewarna, main bowling, mewarna dan lain-lain.. disamping itu, kita semua dapat mengetahui bagaimana cara hendak berkomunikasi dengan kanak-kanak terencat akal ini.. bila lihat gelagat mereka sungguh lucu dan kelakar kadang-kadang terutama bila mereka bermain game.. sebenarnya aku rasa bersyukur sangat sebab dilahirkan cukup sifat dimana dapat membantu orang lain yang tidak bernasib baik seperi mereka.. sebelum tamat kita ada acara memotong kek bersama mereka.. Dan penyampain cendera hati kepada pengurus Rumah Kanak-Kanak Trencat Akal tersebut.. pada pukul 4.30 bertolak pulang ke UKM.. 

Akhir kalam, sebagai seorang manusia yang sempurna dan cukup sifat seharusnya bersyukur dengan apa yang telah diberikan.. Kita jugak digalakkan membatu antara satu sama lain dikala mereka memerlukan.. itu jelah yang nak diongsikan .. tq.. 





Wednesday, 25 November 2015

.. CRUSH..


Semalam aku ada la chat dengan seorang hamba allah ni.. dia suruh aku beli makanan dekat gerai dia.. maklum la minggu ni adalah minggu Keusahawanan Kolej Aminuddin Baki (KAB).. Kebetulan pulak masa itu aku ada dekat sana untuk beli makanan.. (macam aku ni duduk kolej lain je) HaHaHa.. disebabkan aku dah beli terlampau banyak , jadi tak sempat la nak beli kat gerai dia.. sambung balik pada chat tadi, aku tanya dia ada jual apa.?. dia jawaplah ada jual “Mexican Fries” & “dedication choc  untuk bagi dekat crush” yang ini membuat aku tertarik dengan ayat dia sampai aku nak buat tajuk untuk hari ini iaitu CRUSH..

 Apa itu Crush?
“Meminati seseorang dalam diam, dan dia menyimpan hasrat untuk meluahkan cintanya kepada orang yang dia cintai, sering mengingati orang yang dia cintai, sering memerhatinya, melihat wajah dan gambarnya, berfikir tentangnya, dan berhasrat agar orang yang dia cintai itu juga mencintainya…”



Tapi bila difikirkan balik bila masa pulak aku ada crush.. kalau kawan tu ramai la.. Hahaha.. ok, Crush ni mungkin boleh terjadi disebabkan oleh perasaan suka seseorang secara tiba-tiba umpama pandangan pertama tak berkelip-kelip mata bila pandang orang tu.. HeHeHe.. dalam kata lain kita sukakan orang tu tapi kita tidak mempunya CONFIDENT  yang tinggi untuk memberi tahu dia.. Biasa la mula-mula je tak ada confident, bila perangai sebenar dah keluar terlebih confident nanti.. HaHaHa.. (macam kene diri sendiri pulak..).. biasa orang yang suka seseorang dalam diam ni akan layan orang yang dia suka tu dengan elok dan penuh kasih sayang.. (pergh!!) untung beb..  jadi cepat-cepat la cari siapa crush korang.. HaHaHa..

Tu jelah nak kongsikan… tq






Wednesday, 4 November 2015

Hari Terakhir Di Kelas Set 4- Application Computer



Sebenarnya berat hati nak meninggalkan kelas set 4 ni.. tapi apakan daya terpaksa tinggalkan sebab transfer kredit... hehehe.. seriously la aku nak cakap kelas ni set 4 ni paling best aku masuk sebab tak tension, stress, mengantuk sebab lecture kelas tu suka buat la.. tapi kadang-kadang lawak tu ada yang merapu ke laut.. Hahaha (Jangan marah eah sir)..  lawak tu sebenarnya tak nak bagi student dalam kelas tu tak mengantuk dan bosan itu je..



Banyak jugak la aku belajar dalam kelas tu sebab last belajar komputer pun masa diploma dulu tapi taklah detail macam dekat sini.. time diploma dulu main-main.. hahaha.. yang mencabar adalah microsoft access, pening beb nak paham mula-mula.. rasa macam nak lari pusing satu kelas je.. hahaha.. bila last kelas tu dapat jugak tangkap apa yang sir ajar.. Thanks sir.. about kawan-kawan dalam kelas tu alhamdulillah semua ok sahaja tiada masalah ataupun sengketa.. lupa pulak kepada group 9 sorry sebab dah tak dapat join dengan korang, so korang dah dapat group barukan selamat maju jaya..



Kepada Pipah, kau dah janjikan nak belnja aku Kenny Rogers jangan buat-buat lupa pulak eah.. HeHeHe.. Ifah nanti aku datang Ipoh jangan lupa pulak belanja aku "Nasi Goreng Bangkok" eah sebab kau cakap sedap.. nak jugak rasa nasi tu sedap macam mana.. HeHeHe.. Budak dua orang ni Tasya & Ryna tak habis-habis mintak belanja makan Chicken Chop sampai ada sorang tu tak datang kelas komputer sebab demam chicken chop.. HaHaHa.. insya'allah lepas cuti nanti aku belanja korang makan eah tapi kene buat baik dengan aku la.. HaHaHa.. Then, Insyirah kalau dalam kelas tu jangan buat muka comel sangat tergoda faruq nanti .. HaHaHa (Jangan marah eah gurau-gurau je) HaHaHa.. Chew lepas ni kalau ada apa-apa pasal komputer you boleh cari Hilmi la sebab saya dah tak ada dah.. kemudian Shimah tak ada kut nak cakap sebab baru kenal hari tu.. kepada budak-budak laki Faruq, Azri, Dayat, Yuvaraj, Shamim, Hilmi, Ee, Hanif dan Azri good luck guys..




Setiap pertemuan pasti ada perpisahan..setiap perpisahan itu banyak suka duka dalam ingatan.. to all member in set 4 i wish to you all good luck for the lab test 2, do the best and dont forget to do the note.. Terima kasih Sir Azzwan sebab terima saya sebagai student sir.. Thanks guys..



Tuesday, 27 October 2015

KENANGAN MASA BELAJAR

bila aku selongkar folder-folder dalam laptop aku tiba-tiba aku terlihat folder gambar masa di sekolah dan di politeknik perlis.. bila dilihat balik gambar tersebut rasa macam nak menangis oit.. mungkin kerana rindukan mereka, rindukan suasana tempat belajar, rindukan pensyarah, rindukan pak guard .. HAHAHA.. masa cepat berlalu "yang lama dikenang yang baru ditempoh".. bila diingatkan balik masa sekolah dan politeknik banyak perkara suka duka berlaku.. today i just want shared story when i'm in school and polytechnic..

1. School...

bila sebut pasal sekolah, seronok dia macam-macam.. maklum la bila dekat sekolah tak adalah stress sangat macam dekat univesiti atau kolej... dulu aku sekolah dekat Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberjaya. Selangor.. sekarang sekolah tu merupakan sekolah bestari tapi masa aku masuk tak nak pulak dia jadi bestari.. HUHU.. masa aku kat sekolah dulu, maklum la aku budak baik, keje sekolah sentiasa siap.. ponteng sekolah jarang sekali.. nak jadi pelajar cemerlang katakan.. HIHIHI.. paling seronok bila exam aku mesti lawan dengan budak-budak pandai.. alhamdulillah la, aku jadi top 5 dalam kelas tu.. yang penting tak kedekut ilmu.. dekat sekolah aku aktif sukan contohnya olahraga dan bola sepak.. paling jauh pun main daerah... tapi masalah aku bila aktif sukan pelajaran mesti jatuh sikit.. susah nak boleh nak balancekan.. HUHUHU.. 

*muka budak-budak lagi*

kemudian masa dekat sekolah aku sebenarnya tak minat nak jadi ketua kelas, entah kena budak-budak kelas kenakan aku.. mungkin sebab aku nampak baik tu yang diorang pilih... HEHE.. seronok jugak sebenarnya jadi ketua kelas ni.. boleh merayau-rayau bila tolong cikgu.. lupa pulak nak bagi tahu, sekolah memang paling canggih sebab apa aku cakap macam tu.. ye la setiap kelas ada tujuh (7) buah komputer, sebuah (1) TV 29 inci, dan LCD Protector.. sekolah kau ado??? HAHA.. bila cikgu tak ada semua berkumpul dekat komputer main game.. teruk betul.. tak apalah itu pengalaman.. bila sebut pasal cikgu serously cikgu dekat sana friendly ajar sampai paham.. dari tingkatan satu hingga lima dapat guru kelas baik-baik semua.. untuk kemudahan seperti padang dan dewan sekolah tu berkongsi dengan sekolah rendah sebab sekolah sebelah-sebelah.. seriously aku suka zaman sekolah.. rindu dengan budak-budak kelas aku.. sampai ke hari ini masih contact diorang walaupun ada yang dah nak kawin and tunang... 




*masa raya 2015*

2. Polytechnic


lepas habis SPM, aku dapat tawaran untuk sambung belajar dekat Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.. besar kut kawasan politekni tu.. tempat cantik fasiliti bagus senang cerita complete la.. tapi paling bila pegi kelas macam mendaki anak tangga dekat batu cave.. HAHAHA.. aku nak cerita panjang sangat pun rasa macam tak perlu sangat sebab minggu lepas aku ada citer pasal aku belajar dekat sini.. so, aku ingat nak pendekkan la citer ni.. 




masa masuk sana aku tak adalah kenal ramai sangat kawan sebab untuk mula-mula aku memilih sikit kawan ye la kita tak kenal asal usul diorang tiba-tiba nak kawan.. HAHAHA.. dekat politeknik tu aku amik Diploma Pengajian Perniagaan dalam kelas tu ada 31 orang pelajar sahaja untuk kos tersebut.. dari situ la aku kenal dengan kawan-kawan DIP aku sekarang.. masa mula-mula masuk semua macam malu-malu kucing sekali dah lama kenal keluar semua kejahatan.. HAHAHA.. aku berkawan dengan lelaki je pada mulanya lepas dah lama sikit belajar baru aku berkawan dengan budak perempuan.. masa DIP pun kene jadi ketua lagi dah la dua 2 sem.. pening ouh kepala nak ikutkan kepala diorang... HAHAHA.. bila time exam best buat study group satu kelas belajar sama-sama, bagi pendapat, buat latihan.. 

 => classmate <=

=> kem JPAM<= 

=> Classmate <=

 => SUPERD 2014 (JUARA) <=

aku rapat dengan kawan-kawan lelaki kelas aku sebab bersukan,main game, makan, belajar, pergi padang besar, penang semua bersama kecuali dating je lain-lain.. HAHAHA.. bila dikenang balik rindu nak bersama mereka lagi.. seperti tak puas.. last program sebelum habis belajar Program Gegar Stress satu kelas pergi Langkawi maklum la Perlis dengan Langkawi berapa minit je... first time rombongan satu kelas bersama dengan penasihat.. bila time last exam tu yang sedih sebab berpisah dengan diorang... So, sekarang ada yang sambung belajar dekat UPM,UPSI, UUM,UNIMAP,UTHM dan ada yang dah keje.. yang penting masih berhubung lagi... bila cuti je dapat lepak dengan diorang.. kalau nak mention nama memang banyak.. aku tunjuk gambar je.. 

 => 9 brother <=

=> Langkawi trip <= 

=> SUPERD SEM 6 & 5 <=

..itu jelah yang dapat dikongsikan..
 ..wahai kawan-kawan ku selamat maju jaya.. 

TERIMA KASIH

Sunday, 25 October 2015

JARAK BUKAN PENGHALANG





hari ini aku nak menceritakan apa yang aku buat pada hari ini iaitu Ahad (25.10.2015).. pagi tadi ikutkan hati aku sebenarnya nak jogging pusing-pusing Universiti tapi sebab terlajak bangun pukul 7 suku jadi tak jadilah aku nak jogging.. sebab matahari dah tinggii sikit... jadi aku ambil keputusan untuk berbasikal ke Putrajaya.. kebetulan pulak masa itu team yang aku selalu ikut nak pergi ke sana hari ini.. apa lagi aku buat keputusan untuk ke sana.. pukul 7.40 pagi aku gerak keluar dari UKM ke sana.. Lalu depan Pusanika semua pandang.. HAHAHA.. dalam hati "diorang ni tak pernah tengok orang naik basikal ke" HUHUHU.. ini pengalaman pertama aku berbasikal seorang diri tapi risau jugak takut kene samun maklum la basikal bukan murah.. dengan azam yang tinggi aku kayuh juga.. 


so, aku ikut la jalan lama ke Sg.Buah sebab malas nk ikut Seksyen 15 yang sesak tu... urgh.. Lalu la Sg.Merab and then Putrajaya.. nak pergi ke Putrajaya terasa terseksanya.. HAHAHA.. dengan naik bukit (boleh pecah otot peha).. Masa kayuh basikal tu kelajuan yang maintain iaitu 27 - 32 km per jam boleh la sampai ke Putrajaya dalam 45 minit bersamaan 28 km jarak itu pun kira perlahan bagi aku.. jadi aku jumpa dengan team tu dekat PICC Putrajaya.. Bila lama tak kayuh basikal rasa macam ditarik-tarik nyawa ni.. HAHAHA.. dengan letih terpaksa la panjat bukit PICC yang tinggi tu... Bila jumpa lepak kejap atas PICC tu sebelum pergi dekat Pejabat Perdana Menteri.. Kalau dah lepak tak payah cakap la berapa lama.. 


Dah puas lepak apa lagi balik la dah nak tengahhari takkan lepak sana sampai petang.. memang tak la.. HAHAHA.. so macam biasa la setiap pertemuan ada perpisahan.. jadi team tu gerak ke puchong dan aku gerak ke UKM.. dalam perjalanan balik tu hanya sekali je berhenti rehat sebab nak cepat.. sampai dekat UKM dalam pukul 10.30 pagi.. best la dapat lepaskan gian main basikal ni.. HAHAHA.. Lepas ni planning nak pergi Bangi Lama pulak... 

Track : UKM - PUTRAJAYA - UKM
Distance : 55.22 kilometer
Time Taken : 2 Hours 30 Minutes




Thank You.. Aku Bukan Pencerita Yang Baik..