Pages

Wednesday, 25 November 2015

.. CRUSH..


Semalam aku ada la chat dengan seorang hamba allah ni.. dia suruh aku beli makanan dekat gerai dia.. maklum la minggu ni adalah minggu Keusahawanan Kolej Aminuddin Baki (KAB).. Kebetulan pulak masa itu aku ada dekat sana untuk beli makanan.. (macam aku ni duduk kolej lain je) HaHaHa.. disebabkan aku dah beli terlampau banyak , jadi tak sempat la nak beli kat gerai dia.. sambung balik pada chat tadi, aku tanya dia ada jual apa.?. dia jawaplah ada jual “Mexican Fries” & “dedication choc  untuk bagi dekat crush” yang ini membuat aku tertarik dengan ayat dia sampai aku nak buat tajuk untuk hari ini iaitu CRUSH..

 Apa itu Crush?
“Meminati seseorang dalam diam, dan dia menyimpan hasrat untuk meluahkan cintanya kepada orang yang dia cintai, sering mengingati orang yang dia cintai, sering memerhatinya, melihat wajah dan gambarnya, berfikir tentangnya, dan berhasrat agar orang yang dia cintai itu juga mencintainya…”



Tapi bila difikirkan balik bila masa pulak aku ada crush.. kalau kawan tu ramai la.. Hahaha.. ok, Crush ni mungkin boleh terjadi disebabkan oleh perasaan suka seseorang secara tiba-tiba umpama pandangan pertama tak berkelip-kelip mata bila pandang orang tu.. HeHeHe.. dalam kata lain kita sukakan orang tu tapi kita tidak mempunya CONFIDENT  yang tinggi untuk memberi tahu dia.. Biasa la mula-mula je tak ada confident, bila perangai sebenar dah keluar terlebih confident nanti.. HaHaHa.. (macam kene diri sendiri pulak..).. biasa orang yang suka seseorang dalam diam ni akan layan orang yang dia suka tu dengan elok dan penuh kasih sayang.. (pergh!!) untung beb..  jadi cepat-cepat la cari siapa crush korang.. HaHaHa..

Tu jelah nak kongsikan… tq






Wednesday, 4 November 2015

Hari Terakhir Di Kelas Set 4- Application Computer



Sebenarnya berat hati nak meninggalkan kelas set 4 ni.. tapi apakan daya terpaksa tinggalkan sebab transfer kredit... hehehe.. seriously la aku nak cakap kelas ni set 4 ni paling best aku masuk sebab tak tension, stress, mengantuk sebab lecture kelas tu suka buat la.. tapi kadang-kadang lawak tu ada yang merapu ke laut.. Hahaha (Jangan marah eah sir)..  lawak tu sebenarnya tak nak bagi student dalam kelas tu tak mengantuk dan bosan itu je..



Banyak jugak la aku belajar dalam kelas tu sebab last belajar komputer pun masa diploma dulu tapi taklah detail macam dekat sini.. time diploma dulu main-main.. hahaha.. yang mencabar adalah microsoft access, pening beb nak paham mula-mula.. rasa macam nak lari pusing satu kelas je.. hahaha.. bila last kelas tu dapat jugak tangkap apa yang sir ajar.. Thanks sir.. about kawan-kawan dalam kelas tu alhamdulillah semua ok sahaja tiada masalah ataupun sengketa.. lupa pulak kepada group 9 sorry sebab dah tak dapat join dengan korang, so korang dah dapat group barukan selamat maju jaya..



Kepada Pipah, kau dah janjikan nak belnja aku Kenny Rogers jangan buat-buat lupa pulak eah.. HeHeHe.. Ifah nanti aku datang Ipoh jangan lupa pulak belanja aku "Nasi Goreng Bangkok" eah sebab kau cakap sedap.. nak jugak rasa nasi tu sedap macam mana.. HeHeHe.. Budak dua orang ni Tasya & Ryna tak habis-habis mintak belanja makan Chicken Chop sampai ada sorang tu tak datang kelas komputer sebab demam chicken chop.. HaHaHa.. insya'allah lepas cuti nanti aku belanja korang makan eah tapi kene buat baik dengan aku la.. HaHaHa.. Then, Insyirah kalau dalam kelas tu jangan buat muka comel sangat tergoda faruq nanti .. HaHaHa (Jangan marah eah gurau-gurau je) HaHaHa.. Chew lepas ni kalau ada apa-apa pasal komputer you boleh cari Hilmi la sebab saya dah tak ada dah.. kemudian Shimah tak ada kut nak cakap sebab baru kenal hari tu.. kepada budak-budak laki Faruq, Azri, Dayat, Yuvaraj, Shamim, Hilmi, Ee, Hanif dan Azri good luck guys..




Setiap pertemuan pasti ada perpisahan..setiap perpisahan itu banyak suka duka dalam ingatan.. to all member in set 4 i wish to you all good luck for the lab test 2, do the best and dont forget to do the note.. Terima kasih Sir Azzwan sebab terima saya sebagai student sir.. Thanks guys..