Pages

Tuesday, 27 October 2015

KENANGAN MASA BELAJAR

bila aku selongkar folder-folder dalam laptop aku tiba-tiba aku terlihat folder gambar masa di sekolah dan di politeknik perlis.. bila dilihat balik gambar tersebut rasa macam nak menangis oit.. mungkin kerana rindukan mereka, rindukan suasana tempat belajar, rindukan pensyarah, rindukan pak guard .. HAHAHA.. masa cepat berlalu "yang lama dikenang yang baru ditempoh".. bila diingatkan balik masa sekolah dan politeknik banyak perkara suka duka berlaku.. today i just want shared story when i'm in school and polytechnic..

1. School...

bila sebut pasal sekolah, seronok dia macam-macam.. maklum la bila dekat sekolah tak adalah stress sangat macam dekat univesiti atau kolej... dulu aku sekolah dekat Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberjaya. Selangor.. sekarang sekolah tu merupakan sekolah bestari tapi masa aku masuk tak nak pulak dia jadi bestari.. HUHU.. masa aku kat sekolah dulu, maklum la aku budak baik, keje sekolah sentiasa siap.. ponteng sekolah jarang sekali.. nak jadi pelajar cemerlang katakan.. HIHIHI.. paling seronok bila exam aku mesti lawan dengan budak-budak pandai.. alhamdulillah la, aku jadi top 5 dalam kelas tu.. yang penting tak kedekut ilmu.. dekat sekolah aku aktif sukan contohnya olahraga dan bola sepak.. paling jauh pun main daerah... tapi masalah aku bila aktif sukan pelajaran mesti jatuh sikit.. susah nak boleh nak balancekan.. HUHUHU.. 

*muka budak-budak lagi*

kemudian masa dekat sekolah aku sebenarnya tak minat nak jadi ketua kelas, entah kena budak-budak kelas kenakan aku.. mungkin sebab aku nampak baik tu yang diorang pilih... HEHE.. seronok jugak sebenarnya jadi ketua kelas ni.. boleh merayau-rayau bila tolong cikgu.. lupa pulak nak bagi tahu, sekolah memang paling canggih sebab apa aku cakap macam tu.. ye la setiap kelas ada tujuh (7) buah komputer, sebuah (1) TV 29 inci, dan LCD Protector.. sekolah kau ado??? HAHA.. bila cikgu tak ada semua berkumpul dekat komputer main game.. teruk betul.. tak apalah itu pengalaman.. bila sebut pasal cikgu serously cikgu dekat sana friendly ajar sampai paham.. dari tingkatan satu hingga lima dapat guru kelas baik-baik semua.. untuk kemudahan seperti padang dan dewan sekolah tu berkongsi dengan sekolah rendah sebab sekolah sebelah-sebelah.. seriously aku suka zaman sekolah.. rindu dengan budak-budak kelas aku.. sampai ke hari ini masih contact diorang walaupun ada yang dah nak kawin and tunang... 




*masa raya 2015*

2. Polytechnic


lepas habis SPM, aku dapat tawaran untuk sambung belajar dekat Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.. besar kut kawasan politekni tu.. tempat cantik fasiliti bagus senang cerita complete la.. tapi paling bila pegi kelas macam mendaki anak tangga dekat batu cave.. HAHAHA.. aku nak cerita panjang sangat pun rasa macam tak perlu sangat sebab minggu lepas aku ada citer pasal aku belajar dekat sini.. so, aku ingat nak pendekkan la citer ni.. 




masa masuk sana aku tak adalah kenal ramai sangat kawan sebab untuk mula-mula aku memilih sikit kawan ye la kita tak kenal asal usul diorang tiba-tiba nak kawan.. HAHAHA.. dekat politeknik tu aku amik Diploma Pengajian Perniagaan dalam kelas tu ada 31 orang pelajar sahaja untuk kos tersebut.. dari situ la aku kenal dengan kawan-kawan DIP aku sekarang.. masa mula-mula masuk semua macam malu-malu kucing sekali dah lama kenal keluar semua kejahatan.. HAHAHA.. aku berkawan dengan lelaki je pada mulanya lepas dah lama sikit belajar baru aku berkawan dengan budak perempuan.. masa DIP pun kene jadi ketua lagi dah la dua 2 sem.. pening ouh kepala nak ikutkan kepala diorang... HAHAHA.. bila time exam best buat study group satu kelas belajar sama-sama, bagi pendapat, buat latihan.. 

 => classmate <=

=> kem JPAM<= 

=> Classmate <=

 => SUPERD 2014 (JUARA) <=

aku rapat dengan kawan-kawan lelaki kelas aku sebab bersukan,main game, makan, belajar, pergi padang besar, penang semua bersama kecuali dating je lain-lain.. HAHAHA.. bila dikenang balik rindu nak bersama mereka lagi.. seperti tak puas.. last program sebelum habis belajar Program Gegar Stress satu kelas pergi Langkawi maklum la Perlis dengan Langkawi berapa minit je... first time rombongan satu kelas bersama dengan penasihat.. bila time last exam tu yang sedih sebab berpisah dengan diorang... So, sekarang ada yang sambung belajar dekat UPM,UPSI, UUM,UNIMAP,UTHM dan ada yang dah keje.. yang penting masih berhubung lagi... bila cuti je dapat lepak dengan diorang.. kalau nak mention nama memang banyak.. aku tunjuk gambar je.. 

 => 9 brother <=

=> Langkawi trip <= 

=> SUPERD SEM 6 & 5 <=

..itu jelah yang dapat dikongsikan..
 ..wahai kawan-kawan ku selamat maju jaya.. 

TERIMA KASIH

Sunday, 25 October 2015

JARAK BUKAN PENGHALANG





hari ini aku nak menceritakan apa yang aku buat pada hari ini iaitu Ahad (25.10.2015).. pagi tadi ikutkan hati aku sebenarnya nak jogging pusing-pusing Universiti tapi sebab terlajak bangun pukul 7 suku jadi tak jadilah aku nak jogging.. sebab matahari dah tinggii sikit... jadi aku ambil keputusan untuk berbasikal ke Putrajaya.. kebetulan pulak masa itu team yang aku selalu ikut nak pergi ke sana hari ini.. apa lagi aku buat keputusan untuk ke sana.. pukul 7.40 pagi aku gerak keluar dari UKM ke sana.. Lalu depan Pusanika semua pandang.. HAHAHA.. dalam hati "diorang ni tak pernah tengok orang naik basikal ke" HUHUHU.. ini pengalaman pertama aku berbasikal seorang diri tapi risau jugak takut kene samun maklum la basikal bukan murah.. dengan azam yang tinggi aku kayuh juga.. 


so, aku ikut la jalan lama ke Sg.Buah sebab malas nk ikut Seksyen 15 yang sesak tu... urgh.. Lalu la Sg.Merab and then Putrajaya.. nak pergi ke Putrajaya terasa terseksanya.. HAHAHA.. dengan naik bukit (boleh pecah otot peha).. Masa kayuh basikal tu kelajuan yang maintain iaitu 27 - 32 km per jam boleh la sampai ke Putrajaya dalam 45 minit bersamaan 28 km jarak itu pun kira perlahan bagi aku.. jadi aku jumpa dengan team tu dekat PICC Putrajaya.. Bila lama tak kayuh basikal rasa macam ditarik-tarik nyawa ni.. HAHAHA.. dengan letih terpaksa la panjat bukit PICC yang tinggi tu... Bila jumpa lepak kejap atas PICC tu sebelum pergi dekat Pejabat Perdana Menteri.. Kalau dah lepak tak payah cakap la berapa lama.. 


Dah puas lepak apa lagi balik la dah nak tengahhari takkan lepak sana sampai petang.. memang tak la.. HAHAHA.. so macam biasa la setiap pertemuan ada perpisahan.. jadi team tu gerak ke puchong dan aku gerak ke UKM.. dalam perjalanan balik tu hanya sekali je berhenti rehat sebab nak cepat.. sampai dekat UKM dalam pukul 10.30 pagi.. best la dapat lepaskan gian main basikal ni.. HAHAHA.. Lepas ni planning nak pergi Bangi Lama pulak... 

Track : UKM - PUTRAJAYA - UKM
Distance : 55.22 kilometer
Time Taken : 2 Hours 30 Minutes




Thank You.. Aku Bukan Pencerita Yang Baik.. 

Saturday, 24 October 2015

"SESAL" ITU HANYALAH PERKATAAN..

I don't know how to describe about this topic "SESAL" because i have sad story about this topic in mylife.. Thanks to my lecture to giving this topic… HEHEHE..


So, cerita ini berlaku semasa aku belajar di Politeknik Perlis.. Bila je sebut Perlis orng mesti terpikir tempat tu hutan tak ada life.. HaHaHa..  First time kene merantau jauh tapi tak apa demi menuntut ilmu aku pergi.. Kalau nak cerita pergi ke sana memang panjang sampai esok tak habis , jadi aku pendekkan la cerita ini.. Ok, masa aku belajar dekat sana aku ada la minat dekat seorang gadis dia memang lain dari gadis-gadis lain sebab dia kacukan dari seberang.. HeHeHe.. Tak tau la macam mana aku boleh terpikat dengan dia.. Hilang misi aku dekat sana untuk belajar “menyelam sambil minum air” orang kata.. HaHaHa.. Sama kelas dan sama kos pulak tu dengan dia rezeki betul.. HaHaHa..



Aku pendekkan lagi cerita, so aku couple dengan dia.. bila masa bercinta semua nampak indah orang katakan.. Pada masa itulah kita akan nampak baik buruk dia.. Itu sifat dia kita terimalah seadaanya dan aku tidak pernah menyesal pilih dia.. Dia ni seorang yang social jugak la dan dari segi pakaian dia Alhamdulillah boleh la tapi kadang-kadang sakit juga mata aku lihat pakaian dia.. Jadi aku tegur dia dari segi pakaian maklum la planning nak buat isteri mesti la nak yang menutup aurat dengan sempurna.. Sebab perempuan sekarang pakai baju banyak yang nipis sehingga menampakkan bermacam-macam warna tali.. Subhanallah… HeHe.. Sambung balik cerita, masa belajar dulu dia selalu tolong aku dalam pelajaran maklum la dia setiap Semester DEKAN.. HaHaHa..


Bila dia susah aku selalu tolong dia pernah sekali aku masakkan untuk dia tapi tak tau la rasa apa.. HaHaHa.. ada la sikit calon-calon suami misali.. HaHaHa.. Kemudian lepas habis je Diploma and lepas sahaja aku pulih dari Operation lutut ada orang masuk merisik dia dan dia pun terima risikan orang tu tanpa pengetahuan aku selama 3 hari.. Alasan dia sebab dia takut, kalau benda yang baik buat apa nak takut.. Hati pada masa tu rasa marah, sedih, geram dan macam-macam la.. Aku terima takdir itu yang dia bukan untuk aku.. Tapi yang pelik dia menangis beriya-iya minta maaf dengan aku mungkin dia berasa bersalah.. Benda dah jadi nak buat macam mana cukuplah 3 tahun berkenalan dan bersama dia.. Satu je aku nak cakap aku tak pernah menyesal memilih dia sebab aku telah mengubah dia kepada menutup aurat dengan sempurna dan kurang sosial..


Bagi aku bila bercouple itu umpama satu pelaburan sama ada jangka panjang atau pendek ataupun musnah..  Bila kita dah anggap sebagai pelaburan kita mesti ingankan keuntung dan kita harus fikir apa yang perempuan itu mampu bagi kepada kita.. Itu jelah yang mampu aku kongsikan bagi tema minggu ini..


Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tiada Guna

Terima Kasih


#kipidap #createyourlife 


Monday, 19 October 2015

My Dream To Create One Company With My Name

Last post untuk minggu ini………..

Benda ni dah lama aku impikan dan fikirkan sejak aku berumur  19 tahun tapi aku masih memikirkan lagi bila agaknya impian ini akan menjadi kenyataan mungkin 10 tahun lagi, 15 tahun lagi, ataupun 20 tahun lagi.. Impian aku ini memerlukan kos yang sangat besar dan memerlukan orang yang pakar, para pelabur, kerjasama antara syarikat dan pekerja yang berkemahiran dalam industri tersebut.. Impian aku adalah untuk membuka kilang automotive iaitu kenderaan di negara yang ku cintai Malaysia.. 


Aku melihat automotive ini boleh dapat memberi keuntungan serta memberi persainagn kepada syarikat-syarikat automotive tempatan mahu pun luar negara.. Jika kita lihat di lebuhraya bermacam-macam jenis kenderaan ada di negara kita iaitu, Toyota, Honda, Suzuki, Kia, Proton, Produa, Mercedez, BMW, Audi, dan macam-macam lagi.. Tidak ke kamu teringin untuk membina kenderaan yang menggunakan nama dan idea kamu  berjalan diatas lebuhraya??? Aku teringin sebab ia akan memberi satu kepuasan hasil dari usaha kita yang mungkin bertahun-tahun untuk kukuh didalam dunia automotive..




Jika Aku Dapat Membuka Syarikat Auntomotive akan aku mengambil pekerja tempatan yang ingin bekerja serta dapat memberi komitment  untuk syarikat.. disamping itu kebajikan mereka akan terjaga dari penginapan mungkin akan aku sediakan cuma mereka hanya perlu membayar sewa (kita pun nak untung juga).. hahaha.. Bagi untuk design kenderaan aku inginkan para pereka-pereka aku mereka sendiri bentuk kenderaan bukan dengan membeli design dari syarikat lain dengan hanya menukar logo.. Apa gunanya ada pekerja sendiri tapi tidak digunakan (macam makan gaji buta sahaja).. Perancangan aku adalah untuk melakukan kerjasama dengan syarikat antarabangsa seperti Dogde, Cadillac, Teslar dan GMC..  Tapi untuk tahun Pertama dan Kedua mungkin akan membuat kerjasama bersama syarikat tempatan bagi mengukuhkan kedudukan serta mempelajari cari menguruskan sayrikat dengan teratur dan tersusun.. Bukan mudah untuk menguruskan syarikat yang besar suatu hari nanti jadi kita perlukan bimbingan dari sayarikat yang berpengalaman..





Dari segi pengeluaran kenderaan pula, target aku adalah dua (2) jenis model kenderaan dalam satu tahun dan ia mungkin nampak agak mustahil untuk dilakukan tetapi kita perlu yakin dengan kemampuan perkerja dan syarikat itu.. Bagi setiap model ia hanya ada lima (5) atau enam (6) jenerasi sahaja.. Manakala dari segi cc (cubic centimetres) akan bermula dengan 1.4, 1.6, 1.8, 2.0, 2.2, 2.4, 2.6, 2.8 & 3.0.. Untuk target pasaran pula adalah yang pertama adalah untuk tempatan dan yang kedua adalah global.. ikutkan panjang lagi ingin diceritakan tapi cukup la sampai sini sahaja.. Kalau kita nak berjaya kene usaha dan dalam usaha itu kita perlu menuntut ilmu dan dengan ilmu itu kita boleh berbakti kepada masyarakat.. Insya'allah jika ada rezeki adalah syarikat impian aku ini.. Aku mampu berharap ia akan menjadi kenyataan ... 







=>Terima kasih<=


Sunday, 18 October 2015

BEBAN ??


Sejak akhir-akhir ini kita sering kali terdengar orang bercakap mengenai beban. Beban apakah yang mereka maksudkan.?.?. beban dengan kos sara hidup, beban dengan pelajaran, beban dengan masalah kehidupan, beban dengan pencemaran udara dan sebagainya.. Beban ini boleh menjadi terbeban, membebankan, dan sewaktu dengannya..

Bila disebut pasal kos sara hidup, kita tahu sekarang yang kos sara hidup semakin hari semakin meningkat dengan kejatuhan nilai mata wang negara kita.. Faktor itulah menyebabkan ramai orang rasa terbeban akibat  harga barang-barang keperluan yang meningkat naik tanpa disedari.. disamping itu dengan gaji mereka yang sedikit menyebabkan meraka rasa sangat terbeban.. selain itu banyak juga syarikat yang tutup dan ramai perkerja diberhentikan dan mengakibatkan ramai orang yang menganggur.. dari situ telah wujud bermacam-macam jenis beban..

Seterusnya, bagi kalangan pelajar mereka akan terbeban dari segi kewangan, masa, assignment dan lain-lain.. Kalau dari segi kewangan itu adalah lumrah bagi pelajar dan mereka perlu bijak mencari peluang ataupun mencari idea bagi menyelesaikan masalah kewangan mereka agar tidak membebankan mereka ketika belajar.. Dari segi masa pulak pelajar akan terasa terbeban bila buat assignment last minutes lepas tu banyak sangat perjumpaan kelab yang tak berapa penting just hanya nak bincang benda yang tak penting (katanya untuk merapat silaturrahim)..

Kemudian,kita juga terbeban dengan masalah jerebu akibat pembakaran terbuka.. Saban tahun benda sama akan berulang dekat negara kita iaitu jerebu.. Bila jerebu semakin teruk ia membebankan kepada produktiviti pekerja kerana akan ada sahaja pekerja yang sakit dan ambil cuti sakit.. Disamping itu ekonomi negara kita akan perlahan sedikit akan masalah jerebu.. Kita negara maju perlu mencari alternatif bagi menyelesaikan masalah ini dengan membeli peralatan canggih bagi mengukur tahap udara negara kita dan bukannya ditakuk yang lama.. 

Beban ini tidak dapat dipisahkan dengan manusia, sepandai mana kita menguruskan masa ia tetap akan datang.. Beban ini juga datang tanpa diduga.. seharusnya kita perlu menyelesaikan beban terlebih dahulu dengan usaha kita dan jika ia datang kembali kita tawakal sahaja.. Sesuatu perkara yang ada hikmah disebaliknya…


..Terima kasih… 

Bola Sepak Adalah Sukan Kegemaran Malaysia

Bila disebut pasal bola mesti ramai minat dengan sukan bola sepak. Di Malaysia sukan bola sepak adalah sukan kegemaran orang Malaysia berbanding sukan lain.. Di situ kita boleh nampak aura bola sepak kuat dalam kalangan rakyat malaysia.. Di Malaysia kita mempunya Liga Malaysia, Liga Perdana,  Piala FA dan lain-lain.. bila di stadium, jika melibatkan negeri atau kelab yang ternama mesti akan penuh stadium dengan kebanjiran penyokong-penyokong mereka antaranya adalah Johor Darul Takzim (JDT), Kelantan FA, Pahang FC, Terengganu FC , Selangor FC, Negeri Sembilan FC, Perak FC, ATM, Felda United, PKNS FC dan lain-lain.. Tetapi aku ni bukan la tak minat dengan liga tempatan cuma hanya menyokong biasa-biasa je.. Aku lebih suka tengok perlawanan kelab-kelab antarabangsa sebab corak dan taktikal permainan mereka..




Jika nak lihat jurang perbezaan antara liga tempatan dengan eropah memang la jauh bezanya.. Sebab liga kita baru nak meningkat naik walaupun dah bertahun-tahun jika nak dibandingkan dengan liga eropah.. Jika kita lihat dari pemain, ramai orang kenal dengan player antarabangsa berbanding pemain tempatan.. kalau di Eropah ada English Premium League, Series A, Liga BBVA, Bundesliga, Ligue 1, UEFA Europa League,  UEFA Champions League, dan lain-lain. Kelab yang paling ramai penyokong di seluruh dunia iaitu 1.Manchester United, 2.Barcelona, 3.Real Madrid, 4. Chelsea 5.Arsenal  


Tak kira la kita sukan team tempatan ataupun antarabangsa yang penting kita ada semangat kesukanan dan kalau kalah itu dikira adat permainan la.. aku adalah penyokong SELANGOR dan CHELSEA walau menang atau kalah ia tetap di hati.. 
Hidup #RedGiant and #Blues...